Pages

Wednesday, June 8, 2011

- - Tidur yg sempurna - -

kebelakangan ni, bgn je dari tidur rasa sgt letih,seolah2 tak tidur pn semalaman. WHY??
Adakah sy Tension ?? Tak rasanya ... Adakah sy suka Berfikir?? Lagi la tak kot..
Dah 2 hari bgn mcmni,especially hari ni..buat keje 1/2jam tido 5minit… tapi sebelum lunch je la..selepas lunch dah kena pergi bersenam dekat lab…huhuh sesi lawatan bersama dr yg bertugas..
Sekarang kan maklumat dihujung jari, apa lagi minta bantuan Pakcik GOOGLE ler..
search : Tidur yg sempurna à byk btl entry yg keluar, tp majority point nye sama je…nak tahu?? Teruskan SCROLL ke bawah :P

1. MANDI AIR PANAS
Digalakkan untuk mandi dengan air panas 2 jam sebelum tidur kerana air panas mampu membantu melegakan badan,sekaligus dapat menggalakkan korang untuk tidur dengan segera
2. JANGAN MAKAN SEBELUM TIDUR
JANGAN mengambil sebarang makanan sebelum tidur kerana makanan yang diambil akan merangsang otak dan memberi arahan kepada badan untuk mencerna makanan,sekaligus menyebabkan korang berjaga sepanjang malam.Ini juga akan membuatkan perut anda semua membuncit!

3. MINUM SUSU

Susu diakui baik untuk kesihatan,Selain menguatkan gigi dan tulang,susu terutamanya yang panas dipercayai mampu mengundang rasa mengantuk dan menyebabkan korang tidur dengan mudah.



4. BACA NOVEL
Membaca novel adalah salah satu daripada cara untuk mengundang rasa mengantuk.Ia dipercayai lebih berkesan daripada menonton filem @ melayari laman web.

5. HABISKAN TUGAS
Digalakkan untuk menghabiskan semua tugasan harian sebelum masuk tidur.Tugasan yang tak dapat dihabiskan menyebabkan korang berfikir dan merasa bimbang sehingga sukar nak tidur. Dan jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara sebelum tidur, sebab ianya boleh mengganggu kesempurnaan tidur korang.
6. KEBERSIHAN


Suasana yang tenteram dan nyaman juga dipercayai boleh membantu korang untuk mendapatkan tidur yang sempurna.Oleh yang demikian pastikan bilik tidur korang sentiasa bersih, sejuk, kemas, tak banyak habuk dan TAK lembap



7. MUZIK KLASIK
Satu kajian barat telah berjaya mengaitkan muzik dengan tidur.Hasil kajian yang diperoleh telah membuktikan bahawa muzik berjenis klasik mampu merangsang untuk tidur dengan mudah. ( mungkin maksudnya music in general, klu kita dgr lagu yg kita suka,tenang je rasa kan?? So senang la kita tido)



8. POSISI TIDUR
Posisi tidur dengan kepala lebih tinggi daripada dada mampu membuatkan kita rasa lebih selesa ketika berbaring.Oleh itu, penggunaan bantal yang tebal adalah digalakkan untuk memastikan korang mudah terlena.


9. IMAGINASI
Bayangkan apa2 je perkara yang menenangkan sebelum tidur seperti hutan hijau atau lautan biru.Cara tersebut dipercayai boleh membuatkan korang terasa seperti di awang awangan.tanpa disedari,korang akan terlena dengan sendirinya. ( dengan erti kata lain berangan sambil pejam mata )


ape kata kita cuba ukut petua2 diatas...semuanya berdasarkan survey yg dah dilakukan...
sy dah try yg susu panas tu..mmg berkesan sgt sgt... im lovin it!!!

No comments:

designed by Charming Templates