Pages

Thursday, September 16, 2010

.....come back,permulaan hidup baru.....

Rasanya dah lama sangat tak ber blog ni..... Busy?? Malas?? .. tiada alasan....
Mungkin masa tak mengizinkan....Dalam tahun ini sahaja, aku sudah bertukar 2 tempat kerja..
Penat..penat nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru..penat nk jalan-jalan cari tempat kerja..
Penat nak berkenalan dengan rakan-rakan baru...Penat yg sgt memberi makna dalam hidupku..

Permulaan cerita.......

1. Customer Service Officer at M1 (KLSC Team) under VADS
(VADS,15th Floor Plaza VADS,No. 1 Jalan Tun Mohd. Fuad,Taman Tun Dr Ismail)

Pengalaman pertama bekerja di bahagian "Call Centre". Semuanya berjalan lancar dan bahagia ketika masih dalam orientasi. After that,our senior said " Welcome to the hell".. Mula-mula aku tidak memahami maksudnya,terfikir-fikir teruk sangat ker??.. Setelah masuk minggu pertama bekerja,baru aku dapat memahami quote itu.Actually it is not HeLL, but Patience Zone .
Tempat untuk belajar mengawal kemarahan. Di sini juga aku belajar bagaimana cara menangani customer yang sangat cerewet. Sakit kepala, jiwa, tekanan.. dan semua perkataan yang sewaktu dengannya, di sini semuanya ada,yang paling penting adalah kesabaran dan kebijaksanaan berkata-kata(bermulut manis).

2. New job at Hospital

Kembali semula kepada pekerjaan lama aku dulu semasa di Hospital Alor Star. It seem no changes in my work.Still handling LIS.Sistem yang sama,cuma cara pentadbiran yang berbeza.But i still miss AST staff.LOVE U ALL SO MUCH
Aku bersyukur Allah memberikan aku rezeki yang lebih baik dari sebelumnya..
Ada hikmah aku berhijrah dari negeri kelahiranku...
Tapi sekarang aku masih lagi berharap dapat kembali kesana,aku doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipercepatkan untuk kawan-kawanku. Amin..

Pada mulanya aku sendiri tidak mempercayai apa yang telah berlaku pada diriku. Hanya dalam tempoh masa 4 bulan, aku bertukar 2 kali tempat bekerja. A bit crazy right?. Itulah yang berlaku. Perjalanan masih jauh,moga aku dapat meneruskannya dengan bantuan dari MU.. Tunjukkanlah aku jalan yg diredhai.. Amin..

I miss AST staff :(
designed by Charming Templates