Pages

Sunday, June 8, 2014

Grella's - the big lasagna !!!!

Assalammualaikum... Mengidam.... Sesuatu yg mmg diluar kawalan.. Klu dah hati tu kata nak... Tetap nak.. Ngeee ngeee.. Itu yg terjadi apabila hubby blk dari keja... Bknnya nk ringankn kepala dia tp mnambah lg ada leee... Sebbaik dia xmarah... 

Sebenarnya bkn perkara yg ssh.. Just nk mkn kt luar mlm tu and nk cari lasagna yg sedap.. Kebetulan terjumpa restoran ni... 

Grella's .. Nama kedai yg nk dicari pada malam tu... Kedai makan ni dekat SS19/6 Subang Jaya..
Agak jauh dari sg buloh tp disebabkan isteri yg memboyot, laki ku Layankan saja..(i love u hubby)

Mmg menggoda masa tgk menu.. Tp hati nak satu je. .... Lasagna ye lasagna.. Makanan yg diidamkan yg dimengidamkan hihihihihi

Ok...kembali kpada Grella's.. Gambar dibawah adalah dessert yg dimakan sblm menu utama.. (Xsempat nk tnggu menu utama sbb klaparan jdnya dessert hantam dulu)

Chocolate brownies with vanilla ice cream.. Perghhh ada pula sos cuppucino plak kt situ kn.. Mmg la menggila eden mkn.. Xhingat dah hubby kt depan..



Tu baru dessert.. Ok skrg menu utama.. The Lasagna.. Beef lasagna..


Portion untuk lasagna ni mmg besar.. Huuuuu jenuh nk menghabiskannya...tp hbs licin licau gak.. Almklumlah mengidamkn... Hihihihi.. Hubby plak mkn chicken grill..


Harga makanan, agak berpatutan... 2org mkn hampir rm60.. Logik la kn... Western food portion plak agak besar.. Its worth it.. Insyaallah klu xda aral melintang.. Lepas bersalin nnti akan pergi lagi..hihihi nak try menu yang lain pulak..

So kepada sesiapa yg tringin mkn lasagna portion besar.. Blh singgah Grella's dekat Subang Jaya ni.. Mmg berbaloi....


Monday, November 4, 2013

Pengalaman Hidup

Hi semua, hari ni tertiba terasa nak menulis setelah lama tak buka blog ni.. Sebenarnya just nak sharing pengalaman hidup yg telah aku alami.

hahahahaha.. takda lah byk sgt pengalaman pun... Ceritanya adalah pengalaman selepas berkahwin.
Ye.. aku dah berkawin bulan 11 thn lepas.. nk masuk setahun da kan...sekejap sangat masa tu berlalu.

Dalam setahun ni mcm2 perangai, ragam kehidupan berumah tangga, cara nak deal dgn keluarga mertua, keluarga sendiri lagi.. It is not easy.

Tapi pada aku semua tu boleh diatasi... yg susahnya adalah kata2 dari mulut org luar..
Maksudnya, jiran tetangga, sudara mara.

Yang paling aku terasa adalah bab anak. Absolutely semua pasangan yg berkah win inginkan anak.
Cuma rezeki cepat atau lambat sahaja. Anak bukan dibawah kuasa kita.

Yg paling aku tak tahan, ada yg siap bg tips cmna nak berasmara. Even kita buat step yg sama hasilnya belum tentu lagi sama. Sepatutnya bagi semangat pada pasangan yang baru kawen tu bukan mengutuk.

Dari pengalaman aku, aku agak tertekan dengan semua soalan yg diajukan. Mujur suami aku amat memahami perasaan aku. Dia yang selalunya tenangkan aku setiap bulan apabila period datang.

Ye, aku mengaku, aku mmg sangat sensitif bab anak ni. Tetapi sampai bila kita nk makan hati, sedangkan kita tahu rezeki anak datangnya dari Allah. Klu kita tidak redha maknanya kita tidak bersyukur. Ye aku sentap dengan diri sendiri  Ya Allah aku berdosa sangat kerana tidak redha dan tidak bersyukur.

Akhirnya aku boleh terima kenyataan, dah tak menangis tiap2 bulan bila dtg period. Dah boleh kawal perasaan bila org tnya. Jawapan aku, rezeki dari Allah, doakan saya cepat dapat anak. Walaupun nampak hipokrit, tapi itulah hakikatnya.

Pada aku tak perlu nak bertnya bila?? Awat lambat sangat?? hangpa ni tak reti main ka??
Ya Allah sampai mcm tu sekali soalan2 yg diajukan. Ye aku kena semua soalan diatas.

Pada mereka yg dapat rezeki anak awal, sepatutnya bersyukur dan mendoakan pasangan yang belum lagi mendapat anak. Jgn disakiti hati mereka dengan soalan2 yg tak munasabah.

Ini semua pengalaman hidup, walaupn kami elum dikurniakan rezeki, tapi kami bahagia itu yg penting. Cuma hati aku tersentuh bila suami aku bermain dgn anak2 kawan. aku tahu jauh dilubuk hati dia pn sedih. Tapi tak pernah dia tunjukkan pada aku. Malah masa asiknya sendiri memerli yang dia tak power, dia hanya senyum dan tidak mempedulikan langsung.

Ini ada kata2 dari FB yg aku pernah baca.

Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)



Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"


Saturday, September 7, 2013

Am i enough???


Am I enough?

For my family?
To never give them grandchildren.To never give them nieces and nephews.

For my in-laws?
To never give their son a chance to be a father.To never show them my abilities to be a good mother.

For my friends?
To never be able to really understand what they go through.
To not be able to give advice or have advice be taken seriously because I was never a mother.
To their kids, to never really get to know them and to always harbor a little bit of sadness when I am around them.

For my God?
To not do what I was made to do.To always have a bit of question or doubt in His plan for us.

For myself?
To live this life without being a mother.To truly be happy for others as I watch their families grow.

To not live in regret.To not harbor any anger, hurt, jealousy.To remain strong in my faith.To be happy.

With myself,just as I am.For the rest of my life...... Am I enough?

---sekadar brkongsi.... dari status FB member

Sunday, June 30, 2013

Hiking

Hiking... tak pernah terlintas nk pergi hiking.. tp hari ni Ahad 30/6/2013 teringin pulak hati ni kan.. hahahaha...

PENAT! SEMPUT!
itu perkataan yg keluar semasa menjalani pendakian..
yes.. mmg penat sgt... tp bila dah ada kt atas... tgk view phew... hilang semua..
ikutkan... selalu juga lari atas treadmill... 
TAPI ni totally berbeza hokey!!!
walaupn u all lari 10km atas treadmill tu takkan sama dgn hiking 4km..
mmg mencabar keimanan dan stamina...


ohh... lupa pula nk bgtau... sebenarnya sy hiking dekat bukit di Brunei.. nama bukit tu aaaaaaa tak ingat.. dia ada byk sgt nama... disetiap hentian nama bukitnya lain2..

To all yg nak try hiking, sila mulakan.. kepuasannya totally berbeza...
mmg akan merungut penat letih sakit kaki..
tp bila dah sampai bawah.. dah turun balik...
fuuhhhhh... this is the best moment happen..
u will loss ure weight.. if not loss ure muscle will build up...
i loss 3 kg!!!! yes seriously!!!

mula2 ingatkan penimbang tu tipu... tp mmg btl.. bayangkan sekali hiking 3 kg turun...
lari atas treadmill pn susah nk turunkan 3kg tu... degil btl lemak sy ni :)

 tapi sebelum memulakn aktiviti hiking... make sure perkara2 dibawah ada pada anda dan di dalam beg anda :

stamina yg mencukupi
jantung anda akan berdegup sgt kencang semasa hiking klu tak cukup stamina mahunya dapat semput kat atas tu nnti... klu dah ada rasa semput berhenti seketika sehingga jantung kembali berdegup secara normal :)

bekalan air yg mencukupi 
klu tak cukup bekalan susah jugak...takde air mineral jual kt atas tu :P
klu nk lagi bertenaga bawa air bervitamin.. cthnya 100+, Glaceau

sport shoe yg sesuai
kasut sgt penting, klu blh ambek yg kuat meng'grip'.. bukan apa klu pakai yg tapak agak licin sgt bahaya bila lau kat tempat yg licin.. blh terjatuh...

tuala kecil
ngeee tuala ini utk lap peluh yg menitik2 turun semasa hiking..
time sy hiking, makkk aiii peluh turun mcm air terjun punya la laju...
peluh semasa hiking adalah peluh kepuasan..
seriously sgt different dgn peluh lari atas treadmill.

coklat yg kecil2
Coklat blh membantu motivasi anda utk habiskan hiking... mana la nktau tetiba rasa lapar ya amat sgt kn... blh mkn coklat ni dulu.. tak pn jadikan coklat sebagai pemangkin anda..
maksudnya... klu kata anda letih separuh jalan, set kan dalam otak anda..
sampai kt hentian aku akan dpt coklat sedap dan air yg best.
cnfirm anda akan teruskan perjalan !! (it happen to me :P)

CAMERA utk berposing 
hahahaha yg ni tak wajib sebenarnya... tp bg yg suka camwhoring.. ini WAJIB!!
hahahaha... klu ada pn ok kan blh ambil gmbar buat kenangan


antara gambar yg sempat disnap semasa hking hari tu.. :)

 
view dari atas wlupn masa ni tgh semput gilaa

 
kasut dan seluaq yg berlemoihhh 

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn1/1017618_10201327576660373_1151108406_n.jpg inilah muka org yg dah semput itu... naik tangga mcm nenek tua dah

Thursday, June 6, 2013

Brunei dan makanannya

Ini adalah antara menu-menu makanan yg telah dimakan di brunei ini :

Breakfast at Palm Garden Hotel


Patiseiri near to Trader's Inn Hotel
 Fettucini carbonara
Mocha

FoodZone Kiulap

 Buttermilk fish
Crab dimsum


Cupcake Fundonut


Dimsum near to Trader's Inn
mee hokkien singapure terbaik!!






Tuesday, April 30, 2013

Rahsia pemikiran Seorang Lelaki

i do my blogwalking today.... suddenly i bump to this title "Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki". Sangat berguna info yg diberi... uhuksssss ada juga yg terkena batang hidung sendiri... bagus info ni... untuk pengetahuan bersama... lets scroll bebeh!!!

Perihal Lelaki #1
“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”
Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri. (ohh saya sgt setuju fakta ini)

Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap! (yg ni tak sure, brgantung pada seseorg tu, mungkin dia lebih suka pasangan dia seksi)

Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!

Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.

Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.

Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!

Perihal Lelaki #2

“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”

Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.

Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam. 
(saya taktau mengenai hal ini)

Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…

“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”

Tak usah lah sayamg… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…boring la beb.

MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”

Perihal Lelaki #3

“Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”

So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.

Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.

Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!

Perihal Lelaki #4

“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”
Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!

So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!

Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…

Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…

Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!

Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.

So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…

Perihal Lelaki #5

“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”

Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.

Hmm..ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan,

“wa jeles bangat tau!!…ingat tak terseksa batin ke?!!… cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??”

Hahahaha…kelakar memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni…kalaulah boyfriend anda buat sama seperti apa yang anda buat…okey ke tak? Kalau anda boleh terima then…too bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you…kena ngap sayot! wakakaka…

Meranalah dia sorang-sorang hehehe…salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu…

p/s : maka sedarlah wahai wanita..jagalah pasangan anda baik-baiknya ye.. jom share dengan kawan-kawan lain..

sumber : http://penpatah.blogspot.com/2012/06/rahsia-pemikiran-seorang-lelaki.html



Lelaki Akan Bercakap Tentang Perasaan
Adakah lelaki anda dibesarkan sebagai seorang lelaki yang sangat tabah, tradisional? Jika ya, marilah PM membawa anda berjalan melalui 18 rahsia hubungan, yang dikumpul dari ahli psikologi yang mengkaji peranan jantina. Rahsia No 1: Ia mungkin lebih mudah bagi seorang lelaki untuk meluahkan perasaan secara tidak langsung. Minta apa yang perlu dia lakukan pada hujung minggu yang romantik. Atau apa yang dia fikir kali pertama dia bertemu dengan anda. Jawapannya akan mendedahkan bagaimana dia merasakan dan membawa anda lebih dekat.

Lelaki Melafazkan "Aku Cinta Padamu" Dengan Tindakan
Sesetengah lelaki lebih suka untuk meluahkan perasaan mereka melalui tindakan dan bukannya perkataan. Lelaki anda boleh mengatakan " Aku Cinta Padamu " dengan melakukan perkara-perkara di sekitar rumah, mengemas laman rumah atau bahkan membuang sampah - apa-apa yang menjadikan dunia tempat yang lebih baik.

Beliau Sebenarnya Mendengar
Apabila dia mendengar anda berkata, dia mungkin menjawab dengan "ya" atau "Tengoklah nanti.." . Ia adalah cara dia berkata, "Saya mendengar." Tetapi sesetengah orang tidak memahami. Hanya kerana seorang lelaki tidak mengatakan apa-apa tidak bermakna dia tidak mendengar. Dia boleh memilih untuk mendengar secara senyap-senyap dan berfikir tentang apa yang anda katakan.
 
Berkongsi Aktiviti
Lelaki mengukuhkan hubungan mereka terutamanya melalui aktiviti yang dikongsi lebih daripada oleh berkongsi pemikiran atau perasaan. Untuk ramai lelaki, aktiviti-aktiviti seperti sukan dan seks membuat mereka berasa lebih dekat dengan pasangan mereka.

Lelaki Perlu Masa untuk diri mereka sendiri
Walaupun berkongsi aktiviti adalah penting, lelaki juga perlu masa untuk diri mereka sendiri. Sama ada bermain golf, berkebun, atau bekerja di gimnasium, menggalakkan mereka untuk meneruskan hobi mereka, semasa anda membuat masa untuk anda sendiri. Apabila kedua-dua pasangan mempunyai ruang untuk memupuk individualiti mereka, mereka mempunyai lebih banyak untuk memberi antara satu sama lain.


Lelaki Belajar Dari Bapa Mereka
Jika anda ingin tahu bagaimana seorang lelaki akan bertindak dalam hubungan, selidiki ayahnya. Ada yang mengatakan lelaki mempelajari peranan hubungan mereka dengan menonton dan mendengar dari datuk nenek mereka. Bagaimana mereka antara satu sama lain dan bagaimana bapa berhubung dengan ibu dapat meramalkan bagaimana seorang lelaki akan berhubung dengan isterinya

Lelaki 'Let go' lebih cepat daripada wanita

Wanita cenderung untuk mengingati pengalaman negatif dan mungkin menyebabkan tekanan, kebimbangan, atau kesedihan. Sebaliknya, lelaki kurang berkemungkinan untuk kekal mengingati di atas kejadian yang tidak menyenangkan dan cenderung untuk bergerak dengan lebih cepat. Oleh itu, semasa anda masih mungkin ingin berbincang mengenai hujah malam tadi, lelaki anda mungkin telah lupa mengenainya.


Lelaki tidak melihat 'isyarat halus'
Lelaki lebih berkemungkinan terlepas isyarat halus seperti nada suara atau ungkapan muka. Dan mereka terutamanya mungkin terlepas kesedihan pada wajah wanita. Jika anda ingin memastikan lelaki anda mendapat mesej, be direct.


Lelaki respon kepada Penghargaan
Menunjukkan penghargaan kepada lelaki boleh membuat perbezaan besar dalam cara dia bertindak.  Kajian menunjukkan bahawa bapa lebih terlibat dalam "care-giving" apabila isteri mereka menghargai penglibatan mereka dan melihat mereka sebagai berwibawa.


Lelaki Fikirkan Mengenai Seks ... banyak
OK, jadi mungkin ini adalah rahsia lagi. Majoriti orang-orang di bawah umur 60 tahun berfikir tentang seks sekurang-kurangnya sekali sehari, berbanding dengan hanya satu perempat wanita. Dan bukan itu sahaja. Lelaki berfantasi tentang seks hampir dua kali ganda wanita, dan fantasi mereka adalah lebih pelbagai. Mereka juga berfikir tentang seks kasual berbanding wanita. Tetapi pemikiran tidak sama seperti melakukan.


Lelaki Mendapati Seks Itu Penting
Adalah sebuah mitos bahawa kebanyakan lelaki berfikir seks hanya seks. Bagi kebanyakan orang, seks adalah perbuatan yang sangat penting di antara dua orang yang komited. Dan seperti kebanyakan wanita, lelaki mendapati keintiman seksual yang paling memuaskan dalam konteks hubungan yang komited. Salah satu sebabnya ialah bahawa rakan kongsi jangka panjang tahu bagaimana untuk mengalu-alukan antara satu sama lain lebih baik daripada orang yang tidak dikenali.


Beliau Suka Apabila Anda Memulakan Seks
Kebanyakan orang merasakan seolah-olah lelakilah yang sentiasa memulakan seks. Tetapi lelaki juga suka dan ingin pasangan mereka untuk 'menerajui' dengan lebih kerap. Jangan segan untuk membolehkan lelaki tahu anda berada dalam mood. Memulakan seksdalam beberapa masa yang boleh membawa kepada tahap kepuasan yang lebih tinggi bagi kedua-dua kamu.


Lelaki tidak Sentiasa Inginkan Seks
Lelaki, banyak kejutan untuk wanita, tidak sentiasa dalam mood untuk seks. Sama seperti wanita, lelaki sering ditekankan oleh tuntutan kerja, keluarga, dan membayar bil. Dan tekanan adalah 1 penghancur libido yang besar. Apabila seorang lelaki berkata, "tidak malam ini," ia tidak bermakna dia hilang minat terhadap diri anda. Ini hanya bermakna dia tidak mahu melakukan hubungan seks ketika itu.


Lelaki Suka menggembirakan pasangan mereka
Kepuasan anda adalah penting kepada lelaki. Tetapi dia tidak akan tahu apa yang anda mahu melainkan anda memberitahunya. Terlalu ramai wanita berasa tidak selesa bercakap mengenai apa yang mereka suka dan tidak suka. Jika anda boleh beritahu dia dengan jelas dalam cara yang tidak menjatuhkan egonya, dia akan mendengar. Kerana dia tahu dia akan berasa baik jika anda merasa baik.


Lelaki Mempunyai 'Kebimbangan Prestasi'
Kadang-kadang kebanyakan lelaki mendapat 'kebimbangan prestasi', terutama kerana mereka telah berumur. Lelaki mungkin bimbang tentang fizikal, teknik, stamina. Jika anda boleh membantu dia belajar untuk berehat dan sentiasa memberi tumpuan kepada keseronokan masa ini, hubungan seks akan menjadi kurang tekanan.
(tapi dia suka sy sentiasa ikut dia kemana sahaja)

Lelaki Boleh sesat Apabila Keperluan Tidak Dipenuhi
Jika seorang lelaki tidak merasa disayangi dan dihargai dalam hubungannya, dia boleh bertukar di tempat lain untuk kepuasan. Bagi seorang lelaki, yang mungkin bermakna menanam diri dalam kerja. Lain boleh berkembang menjadi tumpuan pada sukan atau permainan video. Dan beberapa lelaki menipu. Untuk mengelakkan ini, anda perlu bekerjasama untuk memenuhi keperluan masing-masing.

Dia mengharap pada Anda
Kebanyakan lelaki sedar akan banyak kehilangan jika hubungan jangka panjang menjadi suram - bukan sahaja masing-masing, tetapi seluruh kehidupan yang telah anda bina bersama-sama. Jika anda sanggup bekerja untuk mengukuhkan perkahwinan anda, kemungkinan lelaki akan berusaha juga.

Sumber:http://pawangmoden.blogspot.com/2012/06/18-rahsia-lelaki-mahu-kamu-tahu.html



Monday, April 29, 2013

Murni Restaurant


Hai hai hai... saya kembali!!!! kali ini dengan post mengenai MAKANAN!
hahahah ok ok ye ye saya mengaku saya mmg suka makan... tapi saya lambat sikit nak update kt sini..
selalunya saya lagi cepat post kat instagram... almaklumlah ambil gambar klik post.. cepat...

Hari ini saya ada kelapangan untuk menulis.... heehe jadi terus nak update satu restoran yg mmg MARVELOUS!

Murni Restoran... sesiapa yg berada di sekitar SS2, Mentari Court Subang... confirm pernah dengar nama restoran ni.. saya sgt suka restoran ini bersebab.... Sebabnya adalah... saya boleh makan Chicken grill + spagetti carbonara dalam satu pinggan!!!! hahahah ye sy memang tamak.....

Terlalu byk menu dekat restoran ni.... nak masakan ala2 kampung??? ada ada.. Nasi goreng sambal udang petai!! perghhhh terangkat!!! Nasi lemak ayam pandan.... ohh ohhh 

Minuman... ohhhhhhh satu lagi menu yg terbaik... Air jus buah... mmg marvelous!!!! sgt terasa jus buah yg di order takde lah rasa kordial semata mata... Saya paling suka adalah Kalamansi Asam Boi.. ohhh ohhh saya masih lagi terasa kesedapannya.... Jus apple Asam boi... Pink panther.. I Miss U.. I Love U hehehehe btl ni tau bukan main2... I miss u dan I love tu antara menu air yg disediakan.

Semalam saya order makanan favourite.. Chicken Chop Special.. ohhh ohhh pengsan!!! hehehehe

Di sini saya sertakan alamat branch restoran Murni dan antara menu2 yg terdapat disitu...

Selamat mencuba!!! 

Pss : Saya paling suka makan dekat branch SS2 Murni... lagi power!!!



Duta Restoran Murni :)

Buku Menu (klu kt SS2 buruk bukunya)

New Release ( xpernah rasa lg will try later)

Antara Branch Murni

 Antara Menu yg dimakan semalam

 Air yg menjadi idaman hati (medium saiz)

Nasi goreng sambal petai udang

Spagetti marinara + Chicken chop!!! (budak tamak makan)