Pages

Thursday, November 11, 2010

Stanza Cinta - petikan kata-kata 2

1. Perjalanan ini begitu dahsyat. Bagai belayar di lautan gelora. Bagai meniti titian penuh berduri. Namum labanya begitu hebat. Hanya si cekal dan si tabah tiba ditujuannya.

2. Org yang kurang ditimpa kesulitan, jiwanya akan lemah,sebagaimana org yg kurang belerja,badannya lemah. Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan,kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah.

3. Ada org yg lebih menderita daripada kita, tetapi masih mengekalkan imannya,
dan ada org yg lebih bahagia daripada kita, tetapi sedang menggadaikan imannya.

4. Kesusahan dan kesulitan laksana musim dingin yang basah,lembap serta tidak disuaki insan. Tetapi..... sesudah musim sejuk itulah tumbuhnya bunga-bunga yg harum dan buah-buahan yg subur.

5. Bukankah cinta itu indah! Cinta adalah sebahagian drpd nafas kehidupan. Tetapi, apakah ertinya cinta pada insan jika cinta kepada khaliqnya belum tercapai.

6. Syurga itu untuk org yg lemah-lembut dan berkasih sayang. Manakala neraka itu pula tempat utk org yg keras dan suka memutuskan sillaturrahim.

7. Jika kau berasa lelah dan tidak berdaya drpd usaha yg sepertinya sia-sia, Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...Allah sudah pn menghitung air matamu.

8. Usah mengjangkakan masa depan, kerana masa depan adalah milik Tuhan.
Sebaliknya, hadapilah hari-hari yg mendatang dengan penuh senyuman, usaha serta tawakkal pada-Nya. Dan redhalah atas segala yg telah diberikan kerana segalanya pastilah yg terbaik.

9. Cinta itu bukan pilihan....Cinta ikhlas dari hati..Jika tepat pada masa,ketika,keadaan dan siapa,cinta itu adalah kuasa luar biasa yg tiada bandingannya.

10. Dalam kita melangkah..terkadang diuji dgn ujian yg terasa berat. Peritnya terasa, tetapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri. Mungkin air matatika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman ug kian terkoyak lantaran ada langkah yg tersasar drpd keikhlasan.

No comments:

designed by Charming Templates