Pages

Wednesday, June 29, 2011

- - minggu non-stop - -

3 mlm .... bukan 3mlm tanpa bintang...tapi 3 mlm tanpa TV... hahaha maksudnya dah 3 mlm aku bertapa di opis. Hampir setiap malam aku sampai rmh pkul12 tgh mlm..

adakah aku gila??? Workaholic??? tekanan perasaan??? Gaduh dgn housemate???
Semua nya salah. Ini semua gara2 audit. Patologi tempat aku 'incharge' bakal di audit pada hari jumaat yg bakal menjelma. Gila. Tension. Stress. Gara2 format result je. ARGHHHHHHHH!!!!
Berserabut wayar2 otak aku. Dah cantik dah setup,last2 silap pula. Gilosssss!!! dah kena delete blk..Susahnya hidup aku...jadi lagi susah bila org sebelum ni buat setup tak standardize pulak. Aku jadi bercelaru camna nk btlkan semua tu. Sblm ni dah setup cantik2. Tapi Dr tu tak setuju pula. Nk ubah Nak ubah Nak ubah...adoyaiiiii lagi bersimpul mati otak ni. HAishh sebelum ni takmo pula dia check,time aku masuk baru gatal nk check. Aku agak tertanya2. Sebelum ni tak persan ker result dah carca merba??? Kenapa sekarang baru nk perasan??? Lagi beberapa hari nk audit lak tu... Kepada Dr tersyg, yg mana sy mampu buat, itu jer la.. dah tak boleh dah nk bertahan. Bukan sebab ngantok,tapi sebab aircond terlalu kuat. OTAK sy ni dah mcm ddk kt KUTUB UTARA je. Bila processor dah makin slow, bahagian2 lain pn akan turut sama terjejas.. hehehehehehe.. mlm ni aku surrender. Pkul11 mlm aku dah chow..

Pada masa yg sama UACP pn nak LIVE juga. WOW!!! mmg marvalous. Aku ni dah ala2 zombie. Aku memohon maaf pada geng Apps sebabnya aku tak byk menolong utk UACP. PAda mulanya aku ingat aku boleh menolong. Tapi nmpaknya LIS lebih memerlukan aku.

LIS LIS LIS.. Minah Lab.. hahaha tu la gelaran yg aku dapat. Apa boleh buat. Dah itu yg aku expert pn. Nak jaga modul lain, haissshhh tak reti kot. LIS pn dah cukup buat hidup aku tunggang langgang.Ni pn dah ada petanda2 mcm tak boleh nk bgn awal je esok. Harap2 aku boleh bgn tido sebelum masuk waktu kerja. WINK!!

Saturday, June 25, 2011

- - sehari di rumah - -

panas btl hari ni...pagi tadi nmpak mcm nk hujan..hati dah berbunga2 riang,boleh sambung tido ni..
last2 takleh tido gak,sebab panaih!!! tapi baru panas dunia kan...

disebabkan tahap kemalasan yg sgt tinggi, aku ddk kat rumah je ..Bgnnya awal.. tapi last sekali sambung tido blk... pagi ok lagi..bila dah masuk ptg..adoyaiiii bosan la pulak..
Ptg sabtu. Ramai yg berjalan2,jumpa kekasih hati,keluar bersama keluarga..hari BERSAMA la senang cerita...bg yg bujang tetap hari BERSAMA jugak,hari bersama friend yg gila..hehehehe

aku?? ddk umah layan hindustan,letih keje 5 hari tak hbs lagi.. Mek fariza ajak kluar,aku ckp pkul5..last2 dia hanyut dalam lagu hindustan..hehehe mimpi jumpa Oo dlm mimpi la tu...i lovin It hehehehe...

2 cita hindustan aku layan :

1. Devdas - kisah cinta agung..ada lagi cinta yg mcm tu ...
2. Dil To PAgal Hai - aku suka cita nih...lagu2 dia best..

hahaha .... mcm tak percaya ja kan...but it happen.. lagu2 hindustan ni best...aku suka tgk aishwarya menari ngn madhuri dixit..lagu dolare dolare tu..mmg nice! klu la aku blh menari mcm tu kan...tapi rasanya dalam mimpi pn aku tak mampu hehehehe

Yg pasti kedua2 cerita yg aku tgk semuanya berkisarkan cinta. Cinta Sejati.. True LOVE..
bila agaknya aku akan dapat cinta yg mcmtu?? bahaya tgk cita hindustan ni,terbuai2 terbayang2,hati pn mula la..teringin nk ada kekasih seromantik shah rukh khan kan...hehehehe

(psst : aku harap aku juga akan berjumpa insan yg menyayangi aku seadanya.. Amin...)

Thursday, June 23, 2011

-- setelah marah reda --

lamanya aku tak update blog ni...selepasa birthday Mat dah tak sempat jari ni nk menaip. Klu menaip pn keje keje keje.. For this moment that all i know...

Tapi...........keje dah tak berapa nk ikhlas, semuanya berpunca dari satu surat yg boleh dikategorikan sbg sgt KEJAM. Surat yg aku maksudkan adalah surat complain dari satu pihak ke satu pihak yg lain. Aku namakan pihak A,Pihak B dan Pihak C (company aku bekerja skrg)

Pihak A dgn selamba badaknya kirimkan surat kpd pihak B tanpa memberi sebarang warning kepada kami. Tuduhan yg dilakukan sgt sgt sgt sgt tidak berasas. Selamba pihak A kata kami ni semua tak buat kerja,yg tahu tgk movie dan layan Youtube,, Hallo assalammualaikum,, nk loading Youtube pn berejam kot. Takde maknanya kami ni nk mengadap menda tu jer...

Pada mulanya aku sgt marah ngn org2 yg bangang tu (Pihak A). Sgt hipokrit. Bodoh sombong..klu takda kitorg ni hancur dah tempat tu. Aku cabar kau ddk dkt tempat aku SEHARI je,takyah lama2...Aku berani jamin hang takkan lepas...ingat senang nk melayan karenah org?? Ingat senang setup yg aku dok buat tu?? Ingat dalam sehari hang leh tau semua menda?? menda plg senang la, Sanggup ke hang angkat call pagi2 buta ?? sanggup ke lokasi klu mesin dah btl2 down?? SANGGUP?? SANGGUP?? aku berani jamin hang akan off hp hang tu...
So klu hang taktau mcmna cara kami bekerja, jgn nak sesuka hati judge kami... kami mmg tgk movie tu pn time rehat, sebab masing2 dah stress sgt.....kami bergelak ketawa sebabnya salah sorg member kami stress,tekanan ngn user...jadi kami tenangkan dia buat lawak bg semua ketawa..baru boleh berfikir.... apa yg hang tau??? Tau nk salahkan org ja... please la..CERMIN DIRI SENDIRI DULU....

Aku rasa sgt marah kt Pihak A. Tapi lama2 aku fikir blk..ada faedah ke aku marah diorg??? aku dapat dosa lagi ada kot sebab dok maki diorg tu....takpe biarkan mereka dgn sandiwara mereka..Drama yg mereka lakonkan.. Segala jln cerita ada pemerhatiNya.. mereka terlupa Pemerhati Yg Plg Berkuasa, yg sentiasa memerhati umatNya...

Sabar itu ada kelebihannya... ada sebabnya semua ini berlaku,... yg aku sgt pasti DIA sgt adil dan DIA tahu segalanya... Berserah padaNya... Kita akan lebih tenang dan mensyukuri segala yg telah diberikanNya... amin...

Sekarang aku lebih tenang, dah mula melakukan kerja dgn ikhlas.. Aku perlu sentiasa ingatkan diri aku, " Bekerja dgn Ikhlas, Hidup akan lebih diberkati"........ so from now on,biarkan semuanya berlalu,biarkan marah itu berlalu sama seperti angin yg menghembus di mlm hari..esoknya bertemu mentari yg membawa seribu erti...yg memerlukan kekuatan yg lebih jitu utk menempuh segala rintangan di hari mendatang.....

(pstttt : btl ker aku ni?? hehehe sekali sekala teringin juga berpuitis..hehehe tapi klu cikgu BM baca ni,cnfirm merah la yg aku dapat)

Tuesday, June 14, 2011

- - Happy BirthdaY MaT - -


This is my driver tak berbayar aka close frenz ever. His full name Muhammad Arnizan. Nick name MAT je.. Sebenarnya besday dia tak sampai lg. 16/6 baru btl tarikh keramatnya. Tapi disebabkan kerana dia bakal bercuti, jd terpaksa la diawalkan.

Perancangan asalnya, kami nak sambut masa pergi Cameron hari tu. Tapi tak jumpa pula Strret Recipe bak kata Se hehehehe. Jadi pelan terpaksa ditukar dgn segera.

Ke'ai aka Fiza. Fiza satu tempat kerja ngn Mart ni. Fiza yg jadi besday planner nya.
Setup wallpaper, beli kek, setup kek... Thanks dear..without u tak jadi surprise nih.

Tepat pkul 9.00mlm, Mart blk dari beli nasi kt fiza. Terkezut beruk dibuatnya..
Merah padam muka dia... :P surprise for u MarT.. hari tu dah janji nk bg kek coklat,walaupn tak buat sendiri,rasanya kek yg sy bg ni lagi sedapkan :P

"Find ure half heart" .... simbolik tu


Antara gambar yg sempat di snap.. scroll down baby -->



- - setelah seharian bekerja - -

hari yg sgt meletihkan badan...nk blk awal tapi kerja ya rabbi bertimbun timbun...klu pikir keje mmg takleh blk la jawabnya...

fariza : nk masak apa hari ni?
fina : aku blk lmbat kot
fariza : mmm takpe la aku tapau ja

alamak kesian la pula...fariza posa...klu beli bukannya hbs pn mkn..membazir ja....baik masak sendiri...lagi puas hati!! nk bahan2 ape pilih sendiri hehehe then bayor pn sendiri la jugakkan..hehehehe

last2 ckp kt fariza...jom blk! on time tu...tepat pkul 5....terus g beli bhn2 semua...
sampai umah,bahagikn tugas...fariza siap2kn bahan,,,then sy masak....hehehe..

resepi : taktau nk bg nama ape..dgn lebih tepat hentam je la...(kononnya mee bandung)



keteow bungkus + kuah bandung


dah siap letak kuah dah...jemput mkn!!!!

Wednesday, June 8, 2011

- - Tidur yg sempurna - -

kebelakangan ni, bgn je dari tidur rasa sgt letih,seolah2 tak tidur pn semalaman. WHY??
Adakah sy Tension ?? Tak rasanya ... Adakah sy suka Berfikir?? Lagi la tak kot..
Dah 2 hari bgn mcmni,especially hari ni..buat keje 1/2jam tido 5minit… tapi sebelum lunch je la..selepas lunch dah kena pergi bersenam dekat lab…huhuh sesi lawatan bersama dr yg bertugas..
Sekarang kan maklumat dihujung jari, apa lagi minta bantuan Pakcik GOOGLE ler..
search : Tidur yg sempurna à byk btl entry yg keluar, tp majority point nye sama je…nak tahu?? Teruskan SCROLL ke bawah :P

1. MANDI AIR PANAS
Digalakkan untuk mandi dengan air panas 2 jam sebelum tidur kerana air panas mampu membantu melegakan badan,sekaligus dapat menggalakkan korang untuk tidur dengan segera
2. JANGAN MAKAN SEBELUM TIDUR
JANGAN mengambil sebarang makanan sebelum tidur kerana makanan yang diambil akan merangsang otak dan memberi arahan kepada badan untuk mencerna makanan,sekaligus menyebabkan korang berjaga sepanjang malam.Ini juga akan membuatkan perut anda semua membuncit!

3. MINUM SUSU

Susu diakui baik untuk kesihatan,Selain menguatkan gigi dan tulang,susu terutamanya yang panas dipercayai mampu mengundang rasa mengantuk dan menyebabkan korang tidur dengan mudah.



4. BACA NOVEL
Membaca novel adalah salah satu daripada cara untuk mengundang rasa mengantuk.Ia dipercayai lebih berkesan daripada menonton filem @ melayari laman web.

5. HABISKAN TUGAS
Digalakkan untuk menghabiskan semua tugasan harian sebelum masuk tidur.Tugasan yang tak dapat dihabiskan menyebabkan korang berfikir dan merasa bimbang sehingga sukar nak tidur. Dan jangan terlalu memikirkan sesuatu perkara sebelum tidur, sebab ianya boleh mengganggu kesempurnaan tidur korang.
6. KEBERSIHAN


Suasana yang tenteram dan nyaman juga dipercayai boleh membantu korang untuk mendapatkan tidur yang sempurna.Oleh yang demikian pastikan bilik tidur korang sentiasa bersih, sejuk, kemas, tak banyak habuk dan TAK lembap



7. MUZIK KLASIK
Satu kajian barat telah berjaya mengaitkan muzik dengan tidur.Hasil kajian yang diperoleh telah membuktikan bahawa muzik berjenis klasik mampu merangsang untuk tidur dengan mudah. ( mungkin maksudnya music in general, klu kita dgr lagu yg kita suka,tenang je rasa kan?? So senang la kita tido)



8. POSISI TIDUR
Posisi tidur dengan kepala lebih tinggi daripada dada mampu membuatkan kita rasa lebih selesa ketika berbaring.Oleh itu, penggunaan bantal yang tebal adalah digalakkan untuk memastikan korang mudah terlena.


9. IMAGINASI
Bayangkan apa2 je perkara yang menenangkan sebelum tidur seperti hutan hijau atau lautan biru.Cara tersebut dipercayai boleh membuatkan korang terasa seperti di awang awangan.tanpa disedari,korang akan terlena dengan sendirinya. ( dengan erti kata lain berangan sambil pejam mata )


ape kata kita cuba ukut petua2 diatas...semuanya berdasarkan survey yg dah dilakukan...
sy dah try yg susu panas tu..mmg berkesan sgt sgt... im lovin it!!!

Tuesday, June 7, 2011

Cyberjaya ~~ Putrajaya

kerja. sampai bila-bila pn takkan hbs. byk sgt keja sampai tak tahu nk buat yg mana satu.pening kepala. Tetiba hati rasa cam nk keluar, member ajak pula lagi la semangat nk keluar. :P

semalam kitorg drive sampai ker cyberjaya.. tempat tujuan adalah SABA RESTAURANT. Kali kedua try mkn kat situ. Tak rugi woo drive jauh2 semata2 nk mkn puding kt situ.

perghhh mmg terangkat la mkanan kt situ... tak dapat nk dinafikan.. memang superb.
menu yg paling best dessert dia... marvelous!!!!!!! :D

puding caramel, puding chocolate..
menjilat sudu wa cakap sama lu.... :P



makana pertama yg dirasa : kebab ayam


Sy try mkn chicken chop dgn puding chocolate, member try ayam kabsah kot kalau tak silap plus air LEmoN. Chicken chop. Mmmmmmm. Not too nice a bit dry and taking time for me to kunyah it before telan. 

Nasi yg member mkn tu mmg sgt sedap...sebutir sebutir.. mmg semua perasa ada.. rasa cm dimasak ngn sup ayam pn ada gak..tak tahu nk gambarkan...kena try baru tau... :P
THE MOST DELICIOUS DISH --> chocolate pudding .. member tgk jer reaksi sy mkn,huhuhu mmg tak pandang kiri kanan dah, bak kata pepatah.. mak mertua lalu pn tak perasan. :P

Dah mkn kenyang, rasa mcm taknak blk rumah lg... then member bg cadangan 'jom lepak kt putrajaya' . ek??? btl ker ni?? ok ja klu ada org drive... :P

Perjalanan diteruskan ke putrajaya... mmg dah lain. Dulu pegi biasa2 jer...skrg? u need to go there and you will be amaze.

Mmg tak menyesal g lepak situ... pemandangan mcm kota lama.. lampu2 penuh..mmg tertarik..walaupn dah lama ddk kl ni, tak pernah pula terasa nk lepak2 kt putrajaya nih...bila dah pegi terasa takmau blk pulak... hehe tapi disebabkan jam dah menunjukkan pkul 11 mlm, rasanya better blk.. nnti ada pula yg tertido kt opis ... :D


sumber gambar = google


sumber : google


sumber : google


Thursday, June 2, 2011

~~Jalan2 with Tersayang ~~

minggu lepas minggu berjalan2 bersama tersayang.. with my family... hehehe
nasib baik Frodo tu tak buat hal, masa blk jer dia ada mcm2 bunyi risau la jugak...
so far alhamdulillah dah ok dah...

my mum tak suka pegi shopping complex jadinya terpaksa la caritempat yg tak berapa ramai org..
Pening juga kepala ni nk pikir. Tnya bulat dia kata cuba pegi dekat area tugu negara tu ..
ada mcm2 kat situ...

then pagi tu tepat pukul10 pg.. g ambil gambar my little sis dulu..nk buat lesen moto dia.
lepas tu kitorg melepak mkn dekat sungai buloh tu.. asalnya nk blk sabak bernam..tapi mak pula taknak dia risaukan Frodo saya tu...huhuhuhu

lepas g cuci kereta,kami pn memulakan perjalanan menjelajah KL..

1st location : Tugu Negara

macam dalam mimpi lak g tugu negara. sepanjang ddk kt sini. tak pernah pn rasa nk berhenti singgah.. padahal hari2 lalu jln tu :P... for my little brother i bawa la juga..





2nd location : Muzium Kesenian Islam

taktahu pula ada byk lokasi yg dpt dikunjungi area tugu negara tu.. nmpak satu lagi jalan menghala ke tasik perdana. pusing2 ternampak muzium kesenian islam.

my mum terus bg arahan.. ' ina berhenti sini' ... ' baik!!! ' . Mcm2 ada dalam tu..terpegun sekejap.
masuk sorg rm18. student rm12.. adehh terketar2 gak la nk bayornya... mari mencuci mata tgk apa yg ada dalam muzium tu... scroll ke bawah :)





designed by Charming Templates