Pages

Saturday, February 7, 2009

KaTa2 BaK MutiArA

Kata-kata dibawah boleh dijadikan panduan atau motivasi diri sendiri apabila anda menyayangi seseorang...samada kekasih @ bestfriend

1. Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu. (tanya terus kepada tuannya,jgn dengar dari mulut org lain)

2.Kata kata yang sering diucap biarlah selari dengan apa yang dirasakan kerna selalunya apa yang terungkap tidak sama seperti apa yang diungkap. (luahkan apa yg terbuku dihati)

3.Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah tersedia. (hargai apa yang kita telah ada)

4.Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

5.Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.

6.Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

7.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

8.Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang (Saidina Ali)

9.Anda akan mempunyai ramai kenalan jika anda meminati mereka dan bukannya cuba membuat mereka meminati anda

10.Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.

11.Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya tidak semestinya sama.

12.Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

13.Adalah mudah menukarkan status seorang sahabat menjadi kekasih daripada (bekas) kekasih menjadi sahabat.

14.Jangan mengharapkan kebaikan dari orang yang tidak mengharapkan kebaikan dari kamu.

15.Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang. (sekiranya sukakan seseorang,tell him@her)

http://blog.mixterr.com/koleksi-mutiara-kata/


__________________________________________________________________________________________

Think Positive

Anda bukannya seperti robot, sebab Anda manusia. Sebagai manusia, Anda boleh berubah.

Ubah emosi, ubah kata-kata dan perbuatan Anda. Jangan terlalu ego, jadi seperti robot hingga Anda tidak mahu berubah kononnya ia tak mendatangkan apa-apa faedah buat Anda.

Robot, untuk bergerak pantas perlu diprogram dulu untuk jadi sebegitu. Untuk bergerak perlahan, ia juga perlu diprogram supaya robot tu faham pergerakan perlahan ni cemana rupanya. Pendek kata, ia hanya akan buat apa yang diprogramkan ke dalam memorinya.

Anda, mampu mengawal jenis program yang Anda mahu masukkan ke dalam kepala Anda supaya Anda bergerak pantas atau perlahan, berubah-ubah. Oleh kerana Anda mampu mengawal, Anda boleh memilih sama ada program baik atau program buruk.

Ada di antara kita memasukkan program baik ke dalam kepalanya tanpa dia sendiri sedari. Dia tidak tahu pekebendanya program, emosi dan kawalan fikiran, tapi dia selalu bersangka buruk pada semua orang dikenalinya. Yang lagi sedih, masyarakat kita ada 80% orang sebegini.

Lalu mereka menjadi seperti robot yang dimasukkan program buruk. Tindakan, cakapan dan idea mereka jadi buruk, bahkan mempengaruhi orang lain supaya jadi buruk, berfikir hal-hal buruk seperti mereka. Mereka hepi berbuat sebegitu, sebab mereka telah memprogram ‘kepala’ mereka jadi sebegitu tanpa memilih untuk mengawal apa yang masuk ke dalam fikiran mereka.

Apa yang perlu Anda buat bila berjumpa orang sebegini? Anda perlu kekal positif. Fikiran positif dalam kepala Anda mesti kuat, mesti be strong supaya ia tak mudah dijangkiti oleh fikiran negatif. Ia perlu menjadi sekuat batu, supaya tahan walaupun di simbah asid.

Gelombang fikiran kita seperti selesma yang boleh menjangkit sesiapa saja sekelip mata. Anda jika tak nak dijangkiti selesma, sudah tentu tak mahu duduk berdekatan dengan orang yang ada selesma.

Begitu juga dengan fikiran negatif. Sebelum Anda dijangkiti, lebih baik Anda jauhi terlebih dahulu.

http://www.imotivasi.com/
+++++++++++++++++++++

Baca artikel kat atas teringat ungkapan yang fiza selalu sebut : Think Positive

Nak tahu siapa yg mempengaruhi fiza???Orangnya adalah Loke Kah Heng,Pegawai Sains yang banyak tolong aku masa mula2 aku ditugaskan menjaga makmal.Seorang yang sangat susah nak marah,even stress macamna pun dia still akan senyum,cuma kurang bercakap sikit.Loke pernah cakap takda gunanya kita marahkan seseorang,sebabnya kita seolah2 memarahi diri kita sendiri. Tak salah kalau kita tegur orang yg kita marah tu baik2.Dengan cara itu,kita akan makin rapat dengannya.. wink! So all my friend THINK POSITIVE and jangan jadikan diri anda seperti robot.
____________________________________________________________________________________________

Berat Segelas Air.

Berat Segelas Air.

Renung2kan...
Pada saat memberikan kuliah tentang Management Stress, Stephen Covey
mengangkat segelas air dan bertanya kepada para siswanya:
"Seberapa berat menurut anda kira-kira segelas air ini?"
Para siswa menjawab mulai dari 200 gr sampai 500 gr.
"Ini bukanlah masalah berat mutlaknya, tapi tergantung berapa lama anda
memegangnya," kata Covey.

"Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. Jika saya
memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. Dan jika saya
memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan
ambulans untuk saya. Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya
memegangnya, maka bebannya akan semakin berat."

"Jika kita membawa beban kita terus menerus, lambat laun kita tidak akan
mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya," lanjut Covey.

"Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, berehat
sejenak sebelum mengangkatnya lagi. Kita harus meninggalkan beban kita
secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi.
Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban
tersebut."

"Bukan beban berat yang membuat kita Stress, tetapi lamanya kita memikul beban tersebut."



______________________________________________________________________________________

designed by Charming Templates