Pages

Tuesday, April 30, 2013

Rahsia pemikiran Seorang Lelaki

i do my blogwalking today.... suddenly i bump to this title "Rahsia Pemikiran Seorang Lelaki". Sangat berguna info yg diberi... uhuksssss ada juga yg terkena batang hidung sendiri... bagus info ni... untuk pengetahuan bersama... lets scroll bebeh!!!



Perihal Lelaki #1
“Sebenarnya kebanyakan lelaki lebih menyukai wanita yang bijak daripada wanita yang seksi. ”
Ramai juga lelaki selalu memandang tinggi kepada wanita genius. Paling tidak, wanita yang mempunyai pendirian tetap dan bijak membuat keputusan. Dalam erti kata lain, selalu percaya kepada pemikiran sendiri. (ohh saya sgt setuju fakta ini)

Bagi mereka, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau wanita bersinglet di pusat membeli-belah adalah Too Cheap! 
(it based on their perspective)

Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek seks. Namun…jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar! It’s big bonus!

Sekiranya seorang wanita itu pandai mengimbangkan cara berpakaian, penampilan diri, berilmu dan bijak membuat keputusan pastinya dia adalah pilihan lelaki yang paling utama.

Maksud berilmu di sini, anda boleh memilikinya dari berbagai cara bukan hanya dari kelulusan akademik yang tinggi. Anda boleh menimba ilmu dari kursus-kursus ataupun workshop apa-apa di mana-mana sahaja dan anda boleh memiliki ilmu dalam bidang memasak, menjahit, percetakan, rekacipta dan sebagainya.

Apabila anda mempunyai ilmu dan kepakaran di dalam sesuatu bidang, anda sudah susah untuk diperlekehkan atau dipandang rendah oleh sesiapa sahaja. Ini kerana, apabila seseorang yang mempunyai ilmu dan kepakaran, keperibadian anda dilihat dari sudut perspektif yang berbeza serta dihormati ramai dan bukan calang-calang orang yang mudah untuk dipermainkan. Now you see what is important, right?!

Perihal Lelaki #2

“Lelaki benci dengan wanita yang suka bercerita tentang bekas kekasihnya.”

Ianya amat memualkan mereka apabila wanita mula bercerita tentang itu dan ini, kisah lampau dan kenangan manis serta pengalaman mereka semasa bersama dengan bekas kekasih.

Ianya adalah satu kesalahan besar bagi mereka. Mereka juga menganggap, jika wanita masih berperangai begitu, ianya seolah-olah wanita itu masih cinta dan mempunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya, walaupun ianya hanyalah satu kenangan silam. 

(not really sure about this)


Yang nak pergi cerita kisah-kisah lama tu buat apa? Pening dengan sesetengah wanita ni. Suka sangat nak bercerita kisah lama. Seolah-olah nak menunjuk yang dia pernah mempunyai kehidupan yang menarik, lepas tu nak banding-banding pulak tu hehehe…

“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”

Tak usah lah sayang… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…

MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”


Perihal Lelaki #3

“Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”

So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.
(cantik is subjective, pandai membawa diri pn cantik, bukan rupa shj)

Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.

Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!


Perihal Lelaki #4

“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”

Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!

So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!

Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…

Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…

Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!

Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.

So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…

Perihal Lelaki #5

“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”

Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.

Hmm..ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan,

“wa jeles bangat tau!!…ingat tak terseksa batin ke?!!… cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??”

Hahahaha…kelakar memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni…kalaulah boyfriend anda buat sama seperti apa yang anda buat…okey ke tak? Kalau anda boleh terima then…too bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you…kena ngap sayot! wakakaka…

Meranalah dia sorang-sorang hehehe…salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu…

p/s : maka sedarlah wahai wanita..jagalah pasangan anda baik-baiknya ye.. jom share dengan kawan-kawan lain..

sumber : http://penpatah.blogspot.com/2012/06/rahsia-pemikiran-seorang-lelaki.html



Lelaki Akan Bercakap Tentang Perasaan
Adakah lelaki anda dibesarkan sebagai seorang lelaki yang sangat tabah, tradisional? Jika ya, marilah PM membawa anda berjalan melalui 18 rahsia hubungan, yang dikumpul dari ahli psikologi yang mengkaji peranan jantina. Rahsia No 1: Ia mungkin lebih mudah bagi seorang lelaki untuk meluahkan perasaan secara tidak langsung. Minta apa yang perlu dia lakukan pada hujung minggu yang romantik. Atau apa yang dia fikir kali pertama dia bertemu dengan anda. Jawapannya akan mendedahkan bagaimana dia merasakan dan membawa anda lebih dekat.

Lelaki Melafazkan "Aku Cinta Padamu" Dengan Tindakan
Sesetengah lelaki lebih suka untuk meluahkan perasaan mereka melalui tindakan dan bukannya perkataan. Lelaki anda boleh mengatakan " Aku Cinta Padamu " dengan melakukan perkara-perkara di sekitar rumah, mengemas laman rumah atau bahkan membuang sampah - apa-apa yang menjadikan dunia tempat yang lebih baik.

Beliau Sebenarnya Mendengar
Apabila dia mendengar anda berkata, dia mungkin menjawab dengan "ya" atau "Tengoklah nanti.." . Ia adalah cara dia berkata, "Saya mendengar." Tetapi sesetengah orang tidak memahami. Hanya kerana seorang lelaki tidak mengatakan apa-apa tidak bermakna dia tidak mendengar. Dia boleh memilih untuk mendengar secara senyap-senyap dan berfikir tentang apa yang anda katakan.
  
Berkongsi Aktiviti 
Lelaki mengukuhkan hubungan mereka terutamanya melalui aktiviti yang dikongsi lebih daripada oleh berkongsi pemikiran atau perasaan. Untuk ramai lelaki, aktiviti-aktiviti seperti sukan dan seks membuat mereka berasa lebih dekat dengan pasangan mereka.

Lelaki Perlu Masa untuk diri mereka sendiri
Walaupun berkongsi aktiviti adalah penting, lelaki juga perlu masa untuk diri mereka sendiri. Sama ada bermain golf, berkebun, atau bekerja di gimnasium, menggalakkan mereka untuk meneruskan hobi mereka, semasa anda membuat masa untuk anda sendiri. Apabila kedua-dua pasangan mempunyai ruang untuk memupuk individualiti mereka, mereka mempunyai lebih banyak untuk memberi antara satu sama lain.




Lelaki Belajar Dari Bapa Mereka
Jika anda ingin tahu bagaimana seorang lelaki akan bertindak dalam hubungan, selidiki ayahnya. Ada yang mengatakan lelaki mempelajari peranan hubungan mereka dengan menonton dan mendengar dari datuk nenek mereka. Bagaimana mereka antara satu sama lain dan bagaimana bapa berhubung dengan ibu dapat meramalkan bagaimana seorang lelaki akan berhubung dengan isterinya

Lelaki 'Let go' lebih cepat daripada wanita
Wanita cenderung untuk mengingati pengalaman negatif dan mungkin menyebabkan tekanan, kebimbangan, atau kesedihan. Sebaliknya, lelaki kurang berkemungkinan untuk kekal mengingati di atas kejadian yang tidak menyenangkan dan cenderung untuk bergerak dengan lebih cepat. Oleh itu, semasa anda masih mungkin ingin berbincang mengenai hujah malam tadi, lelaki anda mungkin telah lupa mengenainya.


Lelaki tidak melihat 'isyarat halus'
Lelaki lebih berkemungkinan terlepas isyarat halus seperti nada suara atau ungkapan muka. Dan mereka terutamanya mungkin terlepas kesedihan pada wajah wanita. Jika anda ingin memastikan lelaki anda mendapat mesej, be direct.


Lelaki respon kepada Penghargaan
Menunjukkan penghargaan kepada lelaki boleh membuat perbezaan besar dalam cara dia bertindak.  Kajian menunjukkan bahawa bapa lebih terlibat dalam "care-giving" apabila isteri mereka menghargai penglibatan mereka dan melihat mereka sebagai berwibawa.


Lelaki Fikirkan Mengenai Seks ... banyak
OK, jadi mungkin ini adalah rahsia lagi. Majoriti orang-orang di bawah umur 60 tahun berfikir tentang seks sekurang-kurangnya sekali sehari, berbanding dengan hanya satu perempat wanita. Dan bukan itu sahaja. Lelaki berfantasi tentang seks hampir dua kali ganda wanita, dan fantasi mereka adalah lebih pelbagai. Mereka juga berfikir tentang seks kasual berbanding wanita. Tetapi pemikiran tidak sama seperti melakukan.


Lelaki Mendapati Seks Itu Penting
Adalah sebuah mitos bahawa kebanyakan lelaki berfikir seks hanya seks. Bagi kebanyakan orang, seks adalah perbuatan yang sangat penting di antara dua orang yang komited. Dan seperti kebanyakan wanita, lelaki mendapati keintiman seksual yang paling memuaskan dalam konteks hubungan yang komited. Salah satu sebabnya ialah bahawa rakan kongsi jangka panjang tahu bagaimana untuk mengalu-alukan antara satu sama lain lebih baik daripada orang yang tidak dikenali.


Beliau Suka Apabila Anda Memulakan Seks
Kebanyakan orang merasakan seolah-olah lelakilah yang sentiasa memulakan seks. Tetapi lelaki juga suka dan ingin pasangan mereka untuk 'menerajui' dengan lebih kerap. Jangan segan untuk membolehkan lelaki tahu anda berada dalam mood. Memulakan seksdalam beberapa masa yang boleh membawa kepada tahap kepuasan yang lebih tinggi bagi kedua-dua kamu.


Lelaki tidak Sentiasa Inginkan Seks
Lelaki, banyak kejutan untuk wanita, tidak sentiasa dalam mood untuk seks. Sama seperti wanita, lelaki sering ditekankan oleh tuntutan kerja, keluarga, dan membayar bil. Dan tekanan adalah 1 penghancur libido yang besar. Apabila seorang lelaki berkata, "tidak malam ini," ia tidak bermakna dia hilang minat terhadap diri anda. Ini hanya bermakna dia tidak mahu melakukan hubungan seks ketika itu.


Lelaki Suka menggembirakan pasangan mereka
Kepuasan anda adalah penting kepada lelaki. Tetapi dia tidak akan tahu apa yang anda mahu melainkan anda memberitahunya. Terlalu ramai wanita berasa tidak selesa bercakap mengenai apa yang mereka suka dan tidak suka. Jika anda boleh beritahu dia dengan jelas dalam cara yang tidak menjatuhkan egonya, dia akan mendengar. Kerana dia tahu dia akan berasa baik jika anda merasa baik.


Lelaki Mempunyai 'Kebimbangan Prestasi'
Kadang-kadang kebanyakan lelaki mendapat 'kebimbangan prestasi', terutama kerana mereka telah berumur. Lelaki mungkin bimbang tentang fizikal, teknik, stamina. Jika anda boleh membantu dia belajar untuk berehat dan sentiasa memberi tumpuan kepada keseronokan masa ini, hubungan seks akan menjadi kurang tekanan.


Lelaki Boleh sesat Apabila Keperluan Tidak Dipenuhi
Jika seorang lelaki tidak merasa disayangi dan dihargai dalam hubungannya, dia boleh bertukar di tempat lain untuk kepuasan. Bagi seorang lelaki, yang mungkin bermakna menanam diri dalam kerja. Lain boleh berkembang menjadi tumpuan pada sukan atau permainan video. Dan beberapa lelaki menipu. Untuk mengelakkan ini, anda perlu bekerjasama untuk memenuhi keperluan masing-masing.

Dia mengharap pada Anda
Kebanyakan lelaki sedar akan banyak kehilangan jika hubungan jangka panjang menjadi suram - bukan sahaja masing-masing, tetapi seluruh kehidupan yang telah anda bina bersama-sama. Jika anda sanggup bekerja untuk mengukuhkan perkahwinan anda, kemungkinan lelaki akan berusaha juga.

Sumber:http://pawangmoden.blogspot.com/2012/06/18-rahsia-lelaki-mahu-kamu-tahu.html



2 comments:

Unknown said...

Perempuan selalu curang.. bukan laki je kn

Monica said...

Hai pandangan yang anda tahu ada mantra untuk memenangi cinta kembali dari bekas. Saya sudah melakukannya. Saya suka membaca tentang hubungan dan cara membuatnya berfungsi, bagaimana untuk memperbaiki hubungan, dan bagaimana untuk menjaga kehidupan percikan api, walaupun cara bercakap dengan mereka cara tertentu untuk membuat mereka berfikir cara yang berbeza tentang keadaan dan anda. Jika anda memerlukan nasihat atau mahu memenangi semula bekas anda, cubalah ini: augusmimi789@gmail.com salinan dan mesej yang berikut (augusmimi789@gmail.com) Ia akan mengubah mentaliti anda dan mendapatkan apa yang anda mahu.

designed by Charming Templates