Pages

Tuesday, April 23, 2013

MADU

Apa itu MADU??

Madu dikenali masyarakat sangat berguna bagi stamina tubuh dan juga dapat digunakan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit. Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. (QS. An-Nahl, 16:68)
 

Rasa dan warna madu tulen adalah berbeza-beza di mana sifat-sifat madu ini di pengaruhi oleh kandungan mineral dan air di dalamnya. Selain daripada itu, jenis bunga-bungaan yang dipilih oleh lebah, jenis lebah dan tempoh matang madu tersebut dikutip amat mempengaruhi kualiti madu tulen.  Lebah yang menghisap manisan pelbagai jenis bunga (mungkin ratusan jenis bunga) akan menghasilkan madu yang lebih baik dan berkualiti tinggi berbanding lebah yang cuma menghisap manisan dari beberapa jenis bunga yang terpilih sahaja.
 
  Para pengkaji dan pakar lebah telah mengesahkan bahawa lebah pergunungan yang mempunyai saiz yang besar, mempunyai keupayaan yang tinggi untuk terbang jauh mencari bunga-bunga dan lebih rajin berbanding lebah yang bersaiz kecil seperti lebah hutan. Kualiti bunga-bungaan di tanah tinggi pergunungan juga berbeza berbanding pokok-pokok hutan, pohon-pohon kelapa dan pokok buah-buahan. Fenomena ini berlaku kerana kebanyakan pokok yang tumbuh di kawasan pergunungan adalah dari jenis yang hanya mengeluarkan bunga tetapi tidak mengeluarkan buah.

 
  Kandungan mineral dan hormon dari pokok yang berbunga dan menghasilkan buah adalah berlainan dengan pokok-pokok yang hanya berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Ini  mempunyai kaitan dengan manisan bunga yang dihisap oleh lebah di mana manisan dari bunga yang tidak menjadi buah adalah lebih baik dari bunga yang akhirnya akan menjadi buah. Ini adalah fakta. Sifat tabi'e lebah pergunungan yang membuat sarang-sarang di celah-celah batu dan tanah berbanding lebah hutan yang membuat sarang di dahan-dahan tinggi juga adalah sesuatu yang menakjubkan dan berlainan sama sekali.


Sumber : http://info.malmasgemilang.com/apa-itu-madu


 

Khasiat Madu

1.    Mengembalikan kekuatan tubuh badan
2.    Membersih dan menambah darah
3.    Mengelak cacing perosak dalam perut
4.    Menambah kelazatan makanan
5.    Tidak menganggu selaput dinding sistem penghadaman
6.    Mudah dan cepat diserap oleh badan
7.    Membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan dengan cepat
8.    Membantu memulihkan tenaga ahli sukan atau seseorang yg menggunakan tenaga yg 
       byk
9.    Walaupn mengandungi gula,tetapi gulanya mudah serasi dan dikendalikan oleh buah 
       pinggang 
10.  Mempunyai kesan semulajadi bagi melawas pembuangan air besar
11.  Amat berkesan bagi menenangkan tubuh dan akal fikiran
  
Sumber :
http://seribupilihan.blogspot.com/2013/02/khasiat-madu-lebah.html

 

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

KELEBIHAN
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.



Sumber:
http://ezany-kun.com/khasiat-dan-kelebihan-madu-lebah/ 





Sebenarnya, saya menulis mengenai madu ini, adalah kerana saya sendiri ada masalah dengan lelah. Saya dah mencuba hampir 4 jenis ubat batuk, tapi semuanya gagal.

Setelah mengamalkan madu setiap pagi sebelum gosok gigi, alhamdulillah batuk saya dah makin berkurang dan lelah dah menghilangkan dirinya :)

Tapi kat KL ni agak susah nak cari madu asli kan? Saya sendiri pn terpaksa balik Kedah utk cari madu asli.. Kepada sesiapa yang ada info mengenai madu asli, boleh lah tinggalkan komen untuk post dibawah. Jasa anda amat saya hargai.

No comments:

designed by Charming Templates