Pages

Thursday, October 28, 2010

Stanza Cinta - petikan kata-kata


1. "Jika ALLAH sayang kepada seseorang, Dia akan berikan iman. Jika ALLAH sayang lagi, Dia akan beri kekuatan untuk mengamalkan agamaNya.Dan jika ALLAH sayang lagi, Dia akan susahkan hambaNya dengan urusan dunianya, untuk menguji sejauh mana pula cinta hambaNya itu kepadaNya~Stanza Cinta"

2. ‎"Orang yang kurang ditimpa kesulitan, jiwanya akan lemah, sebagaimana orang yang kurang bekerja, badannya lemah. Bersyukurlah apabila diuji dengan kesulitan kerana dengan itu kita mempunyai jiwa yang kuat dan tabah~Stanza Cinta"

Stanza Cinta




Novel Stanza Cinta

Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus.

Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?

Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya.

Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?



Nice sinopsis kan ?? Adakalanya kita terpaksa melepaskan sesuatu yg sgt kita inginkan..untuk mendapat sesuatu yg lebih baik dari itu.. Masalahnya...beranikah kita??

saya dah baca?? Tak.. sy baru baca sinopsis jer.. :D Tergoda nak membaca setelah membaca ayat ini " Ya, Allah, bilakah saatnya aku akan dipertemukan dgn pemilik tulang rusukku ini???"
designed by Charming Templates