Pages

Monday, November 4, 2013

Pengalaman Hidup

Hi semua, hari ni tertiba terasa nak menulis setelah lama tak buka blog ni.. Sebenarnya just nak sharing pengalaman hidup yg telah diri sendiri alami.

Ceritanya adalah pengalaman selepas berkahwin.

kawin? Ye kawin. Almost 1 year...sekejap sangat masa tu berlalu.

Setahun, cukup untuk kita mengenali mengenai pasangan, keluarga mertua dan diri sendiri.Ragam kehidupan berumah tangga? Banyak ragamnya, bezanya lain keluarga lain ragamnya. 😁

Cara atasi? banyak cara, banyak teknik, semua bergantung kepada keadaan.
Nak tahu apa yg susahnua utk atasi masalah mendatang?
 Susahnya adalah perkataan yg dikeluarkan dari mulut2 org yg diluar dari kehidupan kita.

Maksudnya adalah jiran tetangga, sudara mara.

Anak. Ye anak. Definitely, semua pasangan yg berkahwin inginkan anak.

Rezeki yg menentukan samada cepat @ lambat. Anak bukan dibawah kuasa kita dan bukannya anak patung yg blh direka bila2 masa.

Tidak kisah if cara bertanya itu tidak menimbulkan kemarahan. Yang akan menjadi masalah apabila org luar tidak cuba untuk memahami keadaan dan mula mnyalahkan kita yg baru berkahwin ini.
Even ada yg bagi tip cara2 berasmara. Tidak percaya? itu yg berlaku to me.
 Even kita buat step yg sama hasilnya belum tentu lagi sama. 
(pening kepala bila perkara ini disentuh)

Sepatutnya bagi semangat pada pasangan yang baru kawen tu bukan mengutuk.

Dari pengalaman sendiri, ye saya agak tertekan dengan semua soalan yg diajukan. Mujur suami seorg yg amat memahami perasaan ini. Dia yang selalunya tenangkan diri ini setiap bulan apabila period memunculkan diri.

Ye, sy mengaku, sy mmg sangat sensitif bab anak ni. Tetapi sampai bila kita hendak terasa hati, sedangkan kita tahu rezeki anak datangnya dari Allah. Klu kita tidak redha maknanya kita tidak bersyukur. Ye. Ye.  Terasa malu untuk mengadap Nya.
 Ya Allah aku berdosa sangat kerana tidak redha dan tidak bersyukur.

Akhirnya diri ini boleh terima kenyataan, tiada lagi tangisan tiap2 bulan bila dtg period. Emosi berjaya dikawal sebaikknya bila soalan anak diajukan. Jawapan utk persoalan, rezeki dari Allah, doakan saya cepat dapat anak. 
Walaupun nampak hipokrit, tapi itulah hakikatnya.

to me, tak perlu nak bertnya bila?? Awat lambat sangat?? hangpa ni tak reti main ka??

Ya Allah sampai mcm tu sekali soalan2 yg diajukan. Ye itu antara soalan yg pernah diajukan dan ianya bertambah buruk apabila kami berhubungan jarak jauh.


Pada mereka yg dapat rezeki anak awal, sepatutnya bersyukur dan mendoakan pasangan yang belum lagi mendapat anak. Jgn disakiti hati mereka dengan soalan2 yg tak munasabah.Ini semua pengalaman hidup, walaupn kami belum dikurniakan rezeki, tapi kami bahagia itu yg penting. Cuma hati ini tersentuh bila suami bermain dgn anak2 kawan. Diri ini tahu jauh dilubuk hati dia pn sedih. Tapi tak pernah dia tunjukkan dihadapan isterinya. Malah masa adiknya sendiri memerli yang dia tak power, dia hanya senyum dan tidak mempedulikan langsung.

coretan di bawah utk kita yg diharapnya tidak terlalu memikirkan perkara diluar kawalan manusia. DIA lebih memahami dan MAHA MENGETAHUI.


Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:
“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

see you in next entry


1 comment:

abeirabela said...

Situs Judi Slot Online, Judi Online Bola Terbaik, Live Casino
Daftar situs judi slot online terpercaya no 강원도 좜μž₯샡 1 Indonesia di μˆ˜μ› 좜μž₯λ§ˆμ‚¬μ§€ Indonesia. Mainkan μ„œκ·€ν¬ 좜μž₯샡 20 permainan 강원도 좜μž₯샡 slot gacor hari ini, live casino online, judi bola dan poker. μΈμ²œκ΄‘μ—­ 좜μž₯샡

designed by Charming Templates