Pages

Thursday, December 16, 2010

blood Pressure high? Again?

*****************************************************************************************
Assalammualaikum.... :D tetiba ja bagi salam kan...buang tebiat ke pe nih...hehehe
mana la tau nnti tak sempat nk bg salam pulak... :D

Seperti tajuk entry di atas... BLOOD PRESSURE
Ada dua jenis kan.. LOW BP atau HIGH BP...betul ker?? betul la kot hehehehe

Hari ini nak bercerita mengenai tekanan darah tinggi dulu...sebabnya adalah org yg menaip ni dah kena tekanan darah tinggi 144/75... bak kata dr tu...border lagi..tapi hati2 jgn sampai btl2 dapat..oleh itu .......sila membaca ayat seterusnya utk kesihatan yg lebih terjamin...huhuhuhuhu

sila berikan perhatian sepenuhnya yer....on your mark get set goooo!!!!

apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar,kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan
Darah Tinggi?
Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:
• Otak
Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient
Ischaemic Attack)

• Penyakit jantung seperti :
o Coronary Heart Disease
o Congestive Heart Failure
o Left Ventricular Hypertrophy

• Komplikasi pada mata
o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

• Komplikasi pada buah pinggang
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,Microalbuminuria,
Proteinuria).

• Peripheral vascular disease seperti
o Aneurysm
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
• Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
• Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
• Amalkan pemakanan sihat

o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan

• Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
• Kurangkan berat badan jika berlebihan
• Atasi tekanan secara berkesan
• Berhenti merokok
• Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi
• Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
diarahkan
• Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi
Hypertensi/Tekanan

No comments:

designed by Charming Templates