“adoi, apa yang awak nak mengajar boyfriend awak sekarang ni?… bertahan? sabar? Tak payahla… buat sakit hati dia je beb!”
Tak usah lah sayang… buat sakit hati boyfriend you je. Apa yang paling penting ialah kebahagiaan masa depan anda berdua. Bukan kisah yang lepas, pengalaman lalu…
MASA SEKARANG, bina kebahagiaan sekarang..create new experience untuk anda berdua kenang segala kemanisannya. Alami segala pengalaman baru bersama walaupun di tempat yang pernah anda kunjungi bersama exboyfriend. You know, itu lagi bagus…Lalui bersama boyfriend sekarang, sesuatu yang pernah dilalui bersama exboyfriend untuk jadikan kenangan silam sudah tidak bermakna lagi. Perrgh…ini tip aaaa…”manyak mahal wo!”
Perihal Lelaki #3
“Lelaki sangat mengagung-agungkan wanita yang disukainya atau yang baru diminatinya walaupun wanita itu tidak cantik!”
So, jangan cepat perasan! Hehehe…Kalau nak tahu anda betul-betul cantik atau hebat, jumpa lelaki yang membenci anda, sesungguhnya walau dia membenci anda sekalipun lelaki itu tidak akan mengata anda hodoh jika anda cantik.
(cantik is subjective, pandai membawa diri pn cantik, bukan rupa shj)
Amacam??… sebenarnya ini memang benar. Dah banyak jumpa lelaki-lelaki begini. Walau dia benci atau geram dengan sikap wanita itu…dia tetap akui yang wanita itu benar-benar cantik.
Tapi kalau yang tak cantik tu…tetap tak cantik laaa..hehe. Namun selalunya nasib menyebelahi mereka. Walau tak cantik pun, kalau si lelaki sudah sayang, anda tetap kelihatan cun melecun walau pun anda selekeh dan tembam. Begitulah juga sebaliknya. Hehehe…cool tak?!
Perihal Lelaki #4
“Mengapa masih cinta dengan lelaki yang pernah curang? Kerana lelaki curang akan berlaku curang lagi dan lagi… ”
Lelaki curang??…jangan bagi peluang kedua kepadanya. Sekali dia curang, dia akan berlaku curang untuk berkali-kali lagi. Sekali lelaki curang, itu bermakna dia masih mempunyai nafsu terhadap wanita-wanita lain. Curang pertama kali itu yang susah untuk dilakukan, tetapi apabila dia sudah buat sekali…well, yang kedua dan seterusnya is easy!
So, jangan buang masa! Buang dia! Tidak ada gunanya untuk anda memaafkan lantas memberi peluang kepadanya untuk kembali, kerana hampir kesemua daripada mereka akan kembali berlaku curang lagi. Sorry kawan-kawan wanita semua…this is reality!
Kecuali, dia terikat dengan perkahwinan yang terpaksa atau perhubungan yang sudah tiada cinta namun kerana anak-anak atau kerana keluarga dan maruah, lalu dia tidak dapat putuskan. Lalu, dia terpaksa jatuh cinta pada yang lain…
Beratus-ratus email masalah cinta yang mana ramai masih menunggu boyfriend mereka yang hilang entah ke mana. Dan apabila tersedar yang lelaki mereka curang, wanita-wanita ini terus menerus bersedih dan seolah-olah tidak mahu meneruskan hidup normal mereka…
Please faham ya…lelaki kalau dia masih mahukan anda, dia masih ingin bersama anda, dia akan sentiasa ‘mengayat’ anda. Dia akan sentiasa call setiap masa, sms selalu, selalu mahu berjumpa dan berbual mesra, dia akan lakukan apa sahaja demi untuk bersama anda. Percayalah!
Kalau masih sayang dan cinta, takkan dia hilang dan senyap je beb, handphone mesti jawab. Kalau dah tak cinta tu, berborak pun sekadar bertanya khabar je, dah tak ada kemesraan, dah tak romantik, sms pun balas sikit-sikit, kadang-kadang tak balas…hmmm, ada wanita lain lah tu. Kalau tak pun dia dah bosan dengan anda.
So, kerja anda sekarang ialah…bertekad untuk keluar dari kemelut itu dan memulakan hidup baru, kemudian membuka hati anda kepada yang baru…
Perihal Lelaki #5
“Lelaki teramat benci dengan wanita-wanita yang suka berlebih-lebih dalam segala hal.”
Ramai lelaki memang tak suka dengan wanita yang suka bercakap lebih, berpakaian lebih-lebih, cara berkawan pun lebih-lebih. Lelaki mana pun akan mudah rimas dengan wanita sebegini. Disarankan yang lebih-lebih tu, bersederhanalah. Dalam islam pun menyarankan agar kita mengamalkan kesederhanaan.
Hmm..ingat kami kaum lelaki ni boleh tahan ke tengok awak semua bersosial, berkawan rapat dengan lelaki lain, keluar berjalan, minum-minum, makan-makan,
“wa jeles bangat tau!!…ingat tak terseksa batin ke?!!… cuba lelaki buat kat wanita tengok. Tahan ke??”
Hahahaha…kelakar memang kelakar, tapi itulah hakikatnya. Fikirlah dulu sebelum anda nak bersosial lebih-lebih. Ingat cam ni…kalaulah boyfriend anda buat sama seperti apa yang anda buat…okey ke tak? Kalau anda boleh terima then…too bad lah pada boyfriend itu. Kesianlah kat boyfriend you…kena ngap sayot! wakakaka…
Meranalah dia sorang-sorang hehehe…salah satu sebab utama perpisahan banyak terjadi pun adalah kerana perhubungan yang terlalu sosial sehingga menimbulkan syak wasangka dan cemburu…
p/s : maka sedarlah wahai wanita..jagalah pasangan anda baik-baiknya ye.. jom share dengan kawan-kawan lain..
sumber : http://penpatah.blogspot.com/2012/06/rahsia-pemikiran-seorang-lelaki.html
Lelaki Akan Bercakap Tentang Perasaan
Adakah lelaki anda dibesarkan sebagai seorang lelaki yang sangat tabah, tradisional? Jika ya, marilah PM membawa anda berjalan melalui 18 rahsia hubungan, yang dikumpul dari ahli psikologi yang mengkaji peranan jantina. Rahsia No 1: Ia mungkin lebih mudah bagi seorang lelaki untuk meluahkan perasaan secara tidak langsung. Minta apa yang perlu dia lakukan pada hujung minggu yang romantik. Atau apa yang dia fikir kali pertama dia bertemu dengan anda. Jawapannya akan mendedahkan bagaimana dia merasakan dan membawa anda lebih dekat.
Lelaki Melafazkan "Aku Cinta Padamu" Dengan Tindakan
Sesetengah lelaki lebih suka untuk meluahkan perasaan mereka melalui tindakan dan bukannya perkataan. Lelaki anda boleh mengatakan " Aku Cinta Padamu " dengan melakukan perkara-perkara di sekitar rumah, mengemas laman rumah atau bahkan membuang sampah - apa-apa yang menjadikan dunia tempat yang lebih baik.
Beliau Sebenarnya Mendengar
Apabila dia mendengar anda berkata, dia mungkin menjawab dengan "ya" atau "Tengoklah nanti.." . Ia adalah cara dia berkata, "Saya mendengar." Tetapi sesetengah orang tidak memahami. Hanya kerana seorang lelaki tidak mengatakan apa-apa tidak bermakna dia tidak mendengar. Dia boleh memilih untuk mendengar secara senyap-senyap dan berfikir tentang apa yang anda katakan.
Berkongsi Aktiviti
Lelaki mengukuhkan hubungan mereka terutamanya melalui aktiviti yang dikongsi lebih daripada oleh berkongsi pemikiran atau perasaan. Untuk ramai lelaki, aktiviti-aktiviti seperti sukan dan seks membuat mereka berasa lebih dekat dengan pasangan mereka.
Lelaki Perlu Masa untuk diri mereka sendiri
Walaupun berkongsi aktiviti adalah penting, lelaki juga perlu masa untuk diri mereka sendiri. Sama ada bermain golf, berkebun, atau bekerja di gimnasium, menggalakkan mereka untuk meneruskan hobi mereka, semasa anda membuat masa untuk anda sendiri. Apabila kedua-dua pasangan mempunyai ruang untuk memupuk individualiti mereka, mereka mempunyai lebih banyak untuk memberi antara satu sama lain.